Translation Services

SELAYANG PANDANG

Sahabat PRIHATIN
Pusat Bimbingan & Kaunseling

Atas keprihatinan terhadap permasalahan ummah, Sahabat PRIHATIN yang merupakan Pusat Bimbingan & Kaunseling diwujudkan untuk membantu pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira batasan agama, bangsa & negara dalam memberikan khidmat nasihat terhadap penanganan pelbagai konflik peribadi & umum yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Pusat ini diwujudkan di bawah pelan JIHAD MALAYSIA yang merancang pelbagai misi dalam membantu golongan masyarakat. Ia memanfaatkan teknik multimedia melalui khidmat nasihat dan kaunseling secara bersemuka, telefon, SMS / WHATSAPP, e-mail, surat, media cetak, media elektronik, ceramah dan sebagainya.

-->
Atas wadah itulah, PRIHATIN Centre sedaya upaya mungkin membuat kerjasama dengan pelbagai pihak dari badan-badan kerajaan & bukan kerajaan dalam menjayakan wawasan yang diperjuangkan bersama. Dengan demikian, ia akan mampu bertindak dengan saling berpadu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial. Atas dasar keterbukaan ini jugalah, PRIHATIN Centre dengan sangat senang hati & berlapang dada mengalu-alukan penglibatan sebarang organisasi kerajaan & bukan kerajaan, dalam & luar negara, kumpulan mahupun individu untuk turut bekerjasama. Bagi mereka yang berminat, sila hubungi kami melalui alamat / e-mail / nombor telefon yang telah tersedia. Bagaimanapun, kami memohon maaf kerana pihak kami tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mereka yang ada kepentingan tertentu sama ada untuk tujuan mempromosikan barangan perniagaan, mencari pengaruh politik dan sebagainya dalam misi Prihatin yang kami lakukan ini. Kami mengharapkan penyertaan mereka yang benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada seluruh umat manusia tanpa batasan agama, bangsa & negara.
Pelaksanaan Misi Prihatin ini dilakukan atas dasar kesedaran & keprihatinan terhadap umat manusia sejagat tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapapun yang mendapatkan perkhidmatan daripada kami.

Semoga segala usaha ini diterima Allah dan mendapat keredhaan-NYA dunia dan akhirat. Amin.

KHIDMAT NASIHAT TELEFON


Khidmat Bimbingan & Kaunseling melalui talian telefon disediakan bagi mereka yang tidak mampu datang untuk menjalani kaunseling secara langsung atas pelbagai sebab atau halangan. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada individu agar dapat menggunakan kemudahan komunikasi yang ada bagi membantu menjawab persoalan atau menyelesaikan permasalahan.
PROSEDUR :
Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat / kaunseling melalui telefon, mereka terlebih dahulu perlu mengisi BORANG JANJITEMU & submit kepada sistem automatik kami di :
OnlineKaunseling@gmail.com
Setelah kami menerima e-mail anda, Jadual panggilan akan diaturkan khusus kepada anda ke nombor telefon yang sesuai dengan permasalahan anda. Elakkan daripada membuat panggilan langsung untuk berkongsi permasalahan anda. Panggilan telefon hanya diterima untuk mengatur jadual bagi sesi pertemuan atau panggilan sahaja bagi mengelakkan waktu yang tidak sesuai atau mengganggu jadual individu lain yang telah diatur lebih awal.
Kami banyak menerima SMS / WHATSAPP kemusykilan dan soal jawab serta perkongsian masalah. Adalah perlu untuk anda ketahui, Kami tidak mampu menjawab persoalan anda setepatnya apatah lagi menyelesaikan permasalahan anda hanya melalui SMS / WHATSAPP. Kami khuatir penjelasan melalui SMS / WHATSAPP hanya akan menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham juga keterbatasan kami untuk membalasnya. Kami menerima dan membalas SMS / WHATSAPP hanya untuk mengatur jadual pertemuan dan panggilan sahaja kecuali dalam hal yang bersifat objektif. Kami mohon maaf atas kesulitan dan keterbatasan kami ini.

PROSEDUR


-->
Kami tidak menetapkan syarat-syarat yang memberatkan atau menyulitkan bagi anda untuk bersama kami. Anda cukup hanya sekadar mengisi Borang Online yang telah kami sediakan dan terus menghantarkannya kepada kami. Sistem kami akan menguruskannya dan segala maklum balas akan anda terima seberapa segera dari kami dengan izin Allah.
Anda terlebih dahulu harus memenuhi data-data sebagaimana permintaan kami di dalam borang online untuk tujuan analisa dan rekod kami. Segala data diri anda adalah selamat bersama kami dan menjadi amanah kami memelihara kerahsiaannnya. Kami berpegang kepada prinsip hadis ini:
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dari Abi Barzah Al-Aslami;
"Wahai sekelian (insan) yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, jangan lah kamu mencari-cari keaiban mereka, sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah mencari keaibannya, maka Allah akan mendedahkannya sekalipun di rumahnya “.
(HR. Shahih – Abu Daud & Ahmad)

Aib orang jangan didedah,
Nanti aibmu dibuka Allah,
Kebaikan orang perlu diheboh,
Mengaib orang jangan digopoh,
Sila Klik Borang Online di bawah untuk mendapatkan Khidmat kami.

PRIHATINLine :

KHIDMAT NASIHAT & KAUNSELING

Pusat Bimbingan dan Kaunseling di bawah selenggaraan PRIHATIN Centre ini diwujudkan atas dasar cinta dan kasih sayang Allah dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bimbingan dan khidmat nasihat dalam segala urusan kehidupan duniawi & ukhrawi.

Terdapat beberapa Modul di bawah PRIHATIN Centre yang merangkumi:
1) Pengukuhan Agama
2) Pembangunan Remaja
3) Khidmat Nasihat Awam
4) Bimbingan Kekeluargaan
5) Perkhidmatan Saudara Baru dll.

Khidmat ini TERBUKA kepada seluruh masyarakat tanpa mengira batasan agama, bangsa, negara, usia, jantina dan sebagainya.

Kami mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam memberikan khidmat nasihat serta menangani permasalahan ummah sejagat melalui Teknologi Kerohanian yang bukan sekadar bersifat teori semata-mata malah membantu secara praktikal melalui pelbagai penerapan metodologi terapi yang islamik dan saintifik.

Dengan rendah hati dan mengharapkan redha Ilahi, Kami menawarkan Khidmat Kaunseling melalui Tiga (3) Pendekatan iaitu:
1. Bersemuka
a. Individu
b. Berkelompok
2. Telefon
3. Online

Secara umumnya kami menerima segala kemusykilan dan permasalahan anda dalam apa jua perkara dan kami dengan tuntunan Allah akan cuba membantu anda semampu mungkin dengan memberikan khidmat nasihat dan saranan yang insyaAllah akan memberi jalan keluar untuk anda. Ingatlah, anda tidak bersendirian dalam mengharungi gelombang kehidupan ini. Kami hadir sebagai sahabat anda untuk membantu anda. Anda tidak perlu segan atau malu dengan kami atas apapun situasi anda, kita sama-sama hamba Allah yang mengharapkan keredhaan Allah. Semoga dengan bersama, kita akan dapat meraihnya di sisi Allah. amin.

Untuk perkhidmatan ini, berapakah bayaran yang kami kenakan? Kami tidak mengharapkan wang anda atau apapun imbalan daripada anda. Cukuplah bagi kami persaudaraan yang kami perolehi daripada anda dan ganjaran kami hanyalah pada sisi Allah. Dengan kata lain, segala perkhidmatan ini adalah PERCUMA.

Peringatan: kami bukan tukang tilik untuk memberikan ramalan. Kami juga bukan bomoh / dukun / pawang untuk melakukan hal-hal yang berbau mistik. Kami hanyalah hamba Allah yang diamanahkan sebagai sahabat yang mendampingi anda.


BORANG JANJI TEMU


Nama Penuh
Alamat E-Mail
Tarikh Lahir
Umur
Jantina

Bangsa
Agama
Status Kahwin



Pekerjaan
Alamat
No. Telefon Bimbit
Janji Temu

Subjek
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

BORANG E-KAUNSELING


Nama Penuh
Alamat E-Mail
Tarikh Lahir
Umur
Jantina

Bangsa
Agama
Status Kahwin



Pekerjaan
Alamat
No. Telefon Bimbit
Subjek
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

KHIDMAT NASIHAT ONLINE

Khidmat Nasihat Online atau juga dikenali sebagai e-Kaunseling dilakukan melalui alat komunikasi e-mel. Anda hanya perlu mengisi BORANG E-KAUNSELING yang telah disediakan. Semua data-data berkenaan hendaklah dipenuhi bagi analisa dan rekod kami.

Kemudian sampaikan pertanyaan atau permasalahan anda di ruangan yang telah disediakan. InsyaAllah, e-mel anda akan kami balas seberapa segera mengikut giliran penerimaan.

Untuk makluman, Kami membalas e-mel setiap hari dengan kuantiti yang telah ditetapkan. Kami terpaksa menghadkannya bagi mementingkan kualiti balasan untuk setiap pertanyaan dan permasalahan pengirim. Lagi pula kami terpaksa membahagikan masa untuk pelbagai sesi-sesi yang lain. Sekiranya berlaku kelewatan, itu adalah suatu hal yang tidak mampu kami elakkan kerana keterbatasan keupayaan kami menerima dan membalas e-mel anda. Bagaimanapun, kami usahakan dengan seberapa segera untuk memberikan maklum balas yang terbaik kepada anda.

Adalah penting segala data yang terdapat di dalam borang e-kaunseling diisi sepenuhnya kerana kami tidak dapat membantu anda tanpa maklumat yang jelas. Kami memerlukan kejujuran anda dalam memenuhi biodata berkenaan. Begitu juga penyampaian permasalahan anda. Kami menganalisa berdasarkan maklumat yang kami terima. Sekiranya terdapat maklumat yang anda sembunyikan atau bohongi, maka ia mempengaruhi jawapan kami terhadap anda. Kerana itu, berikan kepercayaan kepada kami dan kami perlukan kejujuran anda.

Elakkan sikap yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menguji atau main-main sahaja kerana sikap anda akan merugikan orang lain kerana kami terpaksa menghabiskan masa untuk melayan karenah kepura-puraan anda dan dalam masa yang sama akan ada mereka yang benar-benar memerlukan kami tercicir. Sekiranya kami dapati ada berlaku hal yang demikian, kami akan segera memutuskan sesi khidmat nasihat & kaunseling kami dengan anda dan kami serahkan salah laku anda kepada keadilan mahkamah Allah.


OnlineKaunseling@gmail.com

(sila klik untuk mengisi Borang E-Kaunseling)

KHIDMAT NASIHAT BERSEMUKA


Khidmat Nasihat Bersemuka melibatkan sesi pertemuan secara langsung. Ia dibuat berdasarkan janji temu yang di rancang lebih awal bagi mengatur jadual yang tepat.
-->

Nasihat Bersemuka terbahagi kepada dua (2) bentuk perkhidmatan yang tergantung kepada keperluan.
1) INDIVIDU :
Khidmat Individu melibatkan pertemuan empat mata secara peribadi. Ia lebih mementingkan perihal yang dianggap sulit tanpa penglibatan orang lain atau pihak ketiga. Dengan demikian, individu yang terlibat akan berasa selamat untuk membincangkan perkara-perkara yang dianggap rahsia keperibadiannya.
2) BERKELOMPOK :
Khidmat Berkelompok dilaksanakan secara berkumpulan dengan mensasarkan mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti kumpulan ibu mengandung, golongan pelajar, kumpulan pekerja, ahli keluarga dan sebagainya.
PROSEDUR :
Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat / kaunseling secara bersemuka, mereka terlebih dahulu perlu membuat janji temu dengan cara mengisi Borang Janjitemu & menghantarnya melalui sistem automatik kami :
OnlineKaunseling@gmail.com
Jadual pertemuan untuk sesi kaunseling akan diatur secara khusus buat anda sesuai kesepakatan.
Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA tanpa dikenakan sebarang bayaran. 
free counters