Translation Services

KHIDMAT NASIHAT ONLINE

Khidmat Nasihat Online atau juga dikenali sebagai e-Kaunseling dilakukan melalui alat komunikasi e-mel. Anda hanya perlu mengisi BORANG E-KAUNSELING yang telah disediakan. Semua data-data berkenaan hendaklah dipenuhi bagi analisa dan rekod kami.

Kemudian sampaikan pertanyaan atau permasalahan anda di ruangan yang telah disediakan. InsyaAllah, e-mel anda akan kami balas seberapa segera mengikut giliran penerimaan.

Untuk makluman, Kami membalas e-mel setiap hari dengan kuantiti yang telah ditetapkan. Kami terpaksa menghadkannya bagi mementingkan kualiti balasan untuk setiap pertanyaan dan permasalahan pengirim. Lagi pula kami terpaksa membahagikan masa untuk pelbagai sesi-sesi yang lain. Sekiranya berlaku kelewatan, itu adalah suatu hal yang tidak mampu kami elakkan kerana keterbatasan keupayaan kami menerima dan membalas e-mel anda. Bagaimanapun, kami usahakan dengan seberapa segera untuk memberikan maklum balas yang terbaik kepada anda.

Adalah penting segala data yang terdapat di dalam borang e-kaunseling diisi sepenuhnya kerana kami tidak dapat membantu anda tanpa maklumat yang jelas. Kami memerlukan kejujuran anda dalam memenuhi biodata berkenaan. Begitu juga penyampaian permasalahan anda. Kami menganalisa berdasarkan maklumat yang kami terima. Sekiranya terdapat maklumat yang anda sembunyikan atau bohongi, maka ia mempengaruhi jawapan kami terhadap anda. Kerana itu, berikan kepercayaan kepada kami dan kami perlukan kejujuran anda.

Elakkan sikap yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menguji atau main-main sahaja kerana sikap anda akan merugikan orang lain kerana kami terpaksa menghabiskan masa untuk melayan karenah kepura-puraan anda dan dalam masa yang sama akan ada mereka yang benar-benar memerlukan kami tercicir. Sekiranya kami dapati ada berlaku hal yang demikian, kami akan segera memutuskan sesi khidmat nasihat & kaunseling kami dengan anda dan kami serahkan salah laku anda kepada keadilan mahkamah Allah.


OnlineKaunseling@gmail.com

(sila klik untuk mengisi Borang E-Kaunseling)

free counters