Translation Services

SELAYANG PANDANG

Sahabat PRIHATIN
Pusat Bimbingan & Kaunseling

Atas keprihatinan terhadap permasalahan ummah, Sahabat PRIHATIN yang merupakan Pusat Bimbingan & Kaunseling diwujudkan untuk membantu pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira batasan agama, bangsa & negara dalam memberikan khidmat nasihat terhadap penanganan pelbagai konflik peribadi & umum yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Pusat ini diwujudkan di bawah pelan JIHAD MALAYSIA yang merancang pelbagai misi dalam membantu golongan masyarakat. Ia memanfaatkan teknik multimedia melalui khidmat nasihat dan kaunseling secara bersemuka, telefon, SMS / WHATSAPP, e-mail, surat, media cetak, media elektronik, ceramah dan sebagainya.

-->
Atas wadah itulah, PRIHATIN Centre sedaya upaya mungkin membuat kerjasama dengan pelbagai pihak dari badan-badan kerajaan & bukan kerajaan dalam menjayakan wawasan yang diperjuangkan bersama. Dengan demikian, ia akan mampu bertindak dengan saling berpadu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial. Atas dasar keterbukaan ini jugalah, PRIHATIN Centre dengan sangat senang hati & berlapang dada mengalu-alukan penglibatan sebarang organisasi kerajaan & bukan kerajaan, dalam & luar negara, kumpulan mahupun individu untuk turut bekerjasama. Bagi mereka yang berminat, sila hubungi kami melalui alamat / e-mail / nombor telefon yang telah tersedia. Bagaimanapun, kami memohon maaf kerana pihak kami tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mereka yang ada kepentingan tertentu sama ada untuk tujuan mempromosikan barangan perniagaan, mencari pengaruh politik dan sebagainya dalam misi Prihatin yang kami lakukan ini. Kami mengharapkan penyertaan mereka yang benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada seluruh umat manusia tanpa batasan agama, bangsa & negara.
Pelaksanaan Misi Prihatin ini dilakukan atas dasar kesedaran & keprihatinan terhadap umat manusia sejagat tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapapun yang mendapatkan perkhidmatan daripada kami.

Semoga segala usaha ini diterima Allah dan mendapat keredhaan-NYA dunia dan akhirat. Amin.