Translation Services

KHIDMAT NASIHAT & KAUNSELING

Pusat Bimbingan dan Kaunseling di bawah selenggaraan PRIHATIN Centre ini diwujudkan atas dasar cinta dan kasih sayang Allah dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bimbingan dan khidmat nasihat dalam segala urusan kehidupan duniawi & ukhrawi.

Terdapat beberapa Modul di bawah PRIHATIN Centre yang merangkumi:
1) Pengukuhan Agama
2) Pembangunan Remaja
3) Khidmat Nasihat Awam
4) Bimbingan Kekeluargaan
5) Perkhidmatan Saudara Baru dll.

Khidmat ini TERBUKA kepada seluruh masyarakat tanpa mengira batasan agama, bangsa, negara, usia, jantina dan sebagainya.

Kami mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam memberikan khidmat nasihat serta menangani permasalahan ummah sejagat melalui Teknologi Kerohanian yang bukan sekadar bersifat teori semata-mata malah membantu secara praktikal melalui pelbagai penerapan metodologi terapi yang islamik dan saintifik.

Dengan rendah hati dan mengharapkan redha Ilahi, Kami menawarkan Khidmat Kaunseling melalui Tiga (3) Pendekatan iaitu:
1. Bersemuka
a. Individu
b. Berkelompok
2. Telefon
3. Online

Secara umumnya kami menerima segala kemusykilan dan permasalahan anda dalam apa jua perkara dan kami dengan tuntunan Allah akan cuba membantu anda semampu mungkin dengan memberikan khidmat nasihat dan saranan yang insyaAllah akan memberi jalan keluar untuk anda. Ingatlah, anda tidak bersendirian dalam mengharungi gelombang kehidupan ini. Kami hadir sebagai sahabat anda untuk membantu anda. Anda tidak perlu segan atau malu dengan kami atas apapun situasi anda, kita sama-sama hamba Allah yang mengharapkan keredhaan Allah. Semoga dengan bersama, kita akan dapat meraihnya di sisi Allah. amin.

Untuk perkhidmatan ini, berapakah bayaran yang kami kenakan? Kami tidak mengharapkan wang anda atau apapun imbalan daripada anda. Cukuplah bagi kami persaudaraan yang kami perolehi daripada anda dan ganjaran kami hanyalah pada sisi Allah. Dengan kata lain, segala perkhidmatan ini adalah PERCUMA.

Peringatan: kami bukan tukang tilik untuk memberikan ramalan. Kami juga bukan bomoh / dukun / pawang untuk melakukan hal-hal yang berbau mistik. Kami hanyalah hamba Allah yang diamanahkan sebagai sahabat yang mendampingi anda.


free counters